Senin, 25 April 2011

CARA-CARA MENANAM KELAPA SAWIT

PENDAHULUAN

Kelapa sawit dapat ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah rawa adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pengerjaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA

Pembersihan lahan dari semakmak belukar,pemancangan dan baru menanam kacang pada lahan yang ingin ditanamai bibit  kelapa sawit untuk mempermudah kita merawat kebunn tersebut. Pembersihan: Para pekerja atau buruh membersih lahan setlah lahan bersih kita mengali lubang lebar lubang 45 cm dan dalam lubang 40 cm, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau ladang tanam semula. Adalah penting operasi pembersihan lahan hendaknya serentak dengan bibit kelapa sawit dapat diperoleh dari pembibitan. Jika mempunyai kita dapat menyemai sendiri, masa penyediaan lahan hendaklah disesuaikan dengan masa tahun tanam bibit atau benih yang telah cukup umur untuk ditanam dilahan. Pemancangan adalah untuk mempermudah kita untuk menanam bibit kelapa sawit pada lahan yang hendak ditanam haruslah bersih. Pemancangan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.

Tanaman kacangan untuk memudahkan kita: Menanam kekacang dapat dilakukan setelah para pekerja atau buruh melakukan pemancangan selesai dilaksanakan barulah bibit kelapa sawit ditanam untuk mempermuhakan kita untuk garuk piringan. (Dilahan gambut tidak perlu tanam kekacang).
Penanaman kacangan adalah untuk:
  • Mengawali cara kerja pada lahan kelapa sawit
  • Memperbaiki status zat cara pemeliharaan dalam tanah, khususnya Nitrogen
  • Memelihara kelembapan tanah
Tiga jenis kacang untuk melindungi lahan yang akan ditanam adalah:
  • Centrosema pubescens
  • Pueraria phaseoloides
  • Calopogonium mucunoides/caeruleum
Benih kekacang boleh dibeli dari agen atau balai benih yang ada di depot pertanian atau ditoko saprodi manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Cara ringkas menanam kacangan untuk melindungi lahan adalah seperti berikut:
  • Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
  • Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pohon kelapa Sawit.
  • Jarak diantara jalur-jalur atau barisan adalah 2 meter.
  • Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
Kacangan Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6
  • Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
  • Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
Umur Kacangan Kadar Pupuk Fosfat (kg/ha)
Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur) 112
2 bulan 112
6 bulan 112
8 bulan 112
12 bulan 112
  • Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.
Penanaman: Bibit sawit yang telah berumur 12-15 bulan dapat dari pembibitan adalah dapat untuk ditanam. Cara penanaman adalah seperti berikut:
  • Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang harus disesuikan dengan ukuran polibeg supaya penanaman mudah ditanam. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
  • Taburkan 150g – 200g baja Fosfat didalam lubang.
  • Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
  • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
  • Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
  • Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
  • Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
  • Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:
Jarak Jumlah Pohon
Meter (Kaki) Hektar (Erea)
8.5 (28) 160 (65)
8.7 (29) 148 (60)
9.0 (30) 136 (55)
  • Penyulaman pohon-pohon yang mati apabila telah dilaksanakan pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan setelah penanam.
Tanaman selingan:
Kacang tanah, jagung dan lain-lain tanaman palawija atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pohon sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
  • Tanaman itu dapat memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.
  • Tanaman itu tidak memberi persaingan yang sangan berlebihan dan akan memberikan kesuburan pohon kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
  • Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.

Sumber : http://akhmadfitriansyah.wordpress.com/2010/05/22/cara-cara-menanam-sawit/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar